Resepi Bubur Kacang Hijau

Resipi bubur kacang hijau. Bubur kacang hijau ialah bubur lemak manis yang popular sepanjang zaman. Manisan yang simple ini sering dihidangkan sebagai pencuci mulut untuk kenduri dan jamuan.

Berikut kami kongsikan resipi cara membuat bubur kacang hijau yang sedap.


Ramuan / Bahan-bahan Bubur Kacang Hijau

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat bubur kacang hijau.

  • ½ kg kacang hijau
  • 1 kg santan
  • 3 keping gula melaka
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 4 sudu besar sagu biji (sagu mata ikan)
  • 3 helai daun pandan - disimpul
  • 2 liter air
  • Garam secukup rasa


Persediaan Bahan-bahan

Masa persediaan: 10 minit

  • Basuh kacang hijau dan tuskan. Kemudian sangai (goreng tanpa minyak) sehingga wangi. Lepas tu rendam semalaman. Kemudian tuskan.
  • Basuh biji sagu dan tuskan.

resepibubur kacang hijau dengan sagu lemak manis


Cara Memasak Bubur Kacang Hijau

Masa memasak: 50 minit

Berikut adalah cara memasak bubur kacang hijau lemak manis.

  1. Masukkan kacang hijau yang sudah direndam dan daun pandan bersama air.
  2. Bila mendidih, buang buih putih yang terapung di permukaan. Kemudian masukkan daun pandan.
  3. Teruskan merebus sehingga kacang pecah dan empuk. Tambah air jika perlu.
  4. Masukkan gula pasir dan gula melaka. Masak dengan api sederhana sambil mengacau sehingga gula larut.
  5. Kemudian masukkan biji sagu dan kacau rata.
  6. Akhir sekali masukkan santan dan garam. Masak sambil mengacau agar santan tidak pecah minyak.
  7. Bila biji sagu masak (warna berubah dari putih ke jernih sepenuhnya) dan bubur mendidih, tutup api dan angkat.


Cadangan Hidangan

Hidangan: 10 orang

Bubur kacang hijau sesuai dihidang untuk minum petang di rumah. Cicah roti pun sedap.

Click to go to top