Resepi Gulai Ikan Kering

Resipi gulai ikan kering. Gulai darat ikan kering atau lebih spesifiknya gulai darat ikan kering adalah antara menu sarapan pagi yang popular di Kelantan. Masakan ini tidak menggunakan serbuk kari dan tidak perlu menumis.

Berikut kami kongsikan resipi gulai darat ikan kering untuk para pembaca.


Bahan-bahan Gulai Ikan Kering

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak gulai ikan kering.

  • Ikan kering cencaru atau apa-apa jenis
  • 2 cawan santan
  • 4 ulas bawang merah
  • 5 biji cili kering
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 cm lengkuas
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 biji cili hijau
  • 1/4 biji nenas
  • 1 biji terung
  • Garam dan gula secukup rasa


Persediaan Bahan-bahan

Masa persediaan: 40 minit

  1. Potong cili kering, buang biji dan rendam dalam air panas hingga kembang.
  2. Potong dan rendam ikan masin setengah untuk melembutkan dan mengurangkan masinnya.
  3. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan lengkuas.
  4. Potong serong terung dan potong kiub nenas.

resepi gulai darat ikan kering


Cara Memasak Gulai Ikan Kering

Masa memasak: 20 minit

Berikut adalah langkah-langkah memasak gulai ikan kering.

  1. Masukkan santan, bahan kisar, asam keping dan air (jika nak banyak kuah) ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api kecil sehingga mendidih. Sentiasa kacau supaya santan tak berketul.
  3. Masukkan ikan kering dan nenas. Renehkan sampai ikan kering masak.
  4. Masukkan cili hijau, terung, gula dan garam jika perlu. Masak sehingga sayur layu.
  5. Padamkan api dan angkat.


Cadangan Hidangan

Hidangan: 4-5 orang

Hidangkan gulai darat ikan kering bersama nasi putih panas, ulaman dan budu!

Click to go to top