Resepi Pengat Pisang Nangka

Pengat adalah manisan pencuci mulut tradisional yang popular terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Pengat tak jauh bezanya dengan bubur; cuma kuah pengat lebih pekat.

Pengat pisang nangka rasanya lemak manis, sedikit masam dan berbau harum. Ia sangat mudah dan cepat untuk disediakan.

Berikut dikongsikan resipi pengat pisang nangka Kelantan.


Bahan-bahan Pengat Pisang

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pengat pisang nangka. Pisang boleh diganti dengan pisang lain seperti pisang tanduk, pisang berangan atau pisang abu/kebatu.

  • 6 biji pisang nangka
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 2 sudu makan gula merah
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • Air kapur makan (opsyenal)
  • Secubit garam


Persediaan Bahan-bahan

Masa persediaan: 10 minit

  1. Kupas pisang dan potong serong.
  2. Opsyenal: Kalau nak pejalkan isi pisang, rendamkan dalam air kapur selama 20 minit. Kemudian tuskan.

resipi pengat pisang sedap yang ringkas dan cepat dimasak


Cara Membuat Pengat Pisang

Masa memasak: 15 minit

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pengat pisang.

  1. Masukkan santan, air, gula merah dan daun pandan ke dalam periuk dan masakkan dengan api sederhana.
  2. Masak sehingga mendidih sambil sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak.
  3. Masukkan pisang dan garam. Kacau rata sehingga pisang nampak lembut sedikit.


Cadangan Hidangan

Hidangan: 6 orang

Hidang pengat pisang bersama pulut atau roti putih. Sesuai dihidang untuk minum petang atau sebagai manisan pencuci mulut.

Click to go to top