Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Sedap

Sambal tumis ikan bilis sinonim dengan masyarat Melayu dan nasi lemak. Sebenarnya terdapat banyak versi dan teknik memasak sambal tumis ikan bilis. Apapun, yang penting ianya sedap bagi orang yang memakannya.

Berikut kami kongsikan resipi sambal tumis ikan bilis yang sedap, cantik dan tahan lama.


Resipi Sambal Ikan Bilis

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 45 minit ♦ Hidangan: 6 orang


Ramuan / Bahan-bahan Sambal Tumis Ikan Bilis

Senarai bahan-bahan untuk membuat sambal tumis ikan bilis:

  • 1 cawan ikan bilis (60 gm)
  • 20 biji cili kering (100 gm)
  • 1 cawan minyak masak
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 3 biji bawang besar Bombay
  • 1 cm halia
  • Sedikit belacan
  • 1 kiub ikan bilis
  • Air asam jawa atau asam gelugor
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa


Persediaan Bahan-bahan

  1. Potong cili kering, buang biji dan rebus atau rendamkan dalam air panas hingga kembang.
  2. Basuh ikan bilis dan toskan.
  3. Kisar atau cencang bawang merah dan bawang besar
  4. Kisar cili kering (berasingan).

sambal tumis ikan bilis pedas manis


Cara Membuat Sambal Ikan Bilis

  1. Panaskan minyak dalam kuali berpenutup atau periuk.
  2. Tumiskan bawang kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar, belacan, kiub ikan bilis dan tumis menggunakan api kecil sehingga betul-betul garing dan naik minyak. Tutup kuali/periuk (biar terbuka sedikit untuk lepaskan stim) semasa menumis supaya sambal tak terpercik keluar.
  4. Masukkan gula dan teruskan menumis sehingga sambal berwarna merah gelap dan berkilat.
  5. Kemudian masukkan ikan bilis, air, air asam jawa dan garam. Kacau rata-rata. Biarkan mereneh selama 10 minit atau sehingga sambal pekat.
  6. Padamkan api dan hidangkan.


Cadangan Hidangan

Sambal tumis ikan bilis sedap dinikmati dengan nasi lemak, bersama ikan bilis goreng rangup. Sambal ikan bilis juga enak dimakan bersama lontong, lempeng atau sebagai lauk untuk nasi putih.

Click to go to top