Resepi Sira Pisang

Resipi sira pisang nangka. Sira pisang adalah manisan pencuci mulut yang amat mudah dan cepat dimasak. Sira pisang, butir nangka adalah antara manisan yang popular di Kelantan terutama di bulan puasa.

Berikut kami kongsikan resipi sira pisang untuk para pembaca.


Ramuan / Bahan-bahan Sira Pisang

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak sira pisang ala Kelantan.

  • 6 biji pisang nangka / pisang abu (pisang kebatu) / pisang awak (kelat lega)
  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 3 helai daun pandan - disiat & disimpul
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • Secubit garam
  • Pewarna kuning
  • Sedikit air kapur makan (opsyenal)


Penyediaan Bahan-bahan

Masa penyediaan: 20 minit

  1. Kupas pisang dan belah dua.
  2. Opsyenal: Kalau nak pejalkan isi pisang, rendamkan dalam air kapur selama 30 minit. Kemudian tuskan.

resepi sira pisang kelantan


Cara Memasak Sira Pisang

Masa memasak:15 minit

Berikut adalah langkah-langkah memasak pisang sira.

  1. Masak air, gula pasir, daun pandan, bunga cengkih dan garam dalam periuk. Kacau sehingga mendidih dan pekat berkilat.
  2. Masukkan pisang dan masakkan dengan api perlahan sehingga pisang separuh lembut.
  3. Padamkan api, angkat dan biarkan sejuk.
  4. Simpan dalam peti sejuk dulu sebelum dihidang.


Cadangan Hidangan

Hidangan: 3 orang

Sira pisang sedap dinikmati sejuk, sebaik dikeluarkan dari peti ais. Sesuai untuk minum petang atau untuk berbuka puasa.

Amaran: Sira pisang tidak sesuai untuk pesakit kencing manis / diabetes. Kandungan gulanya tinggi amat.

Click to go to top