Resepi Spaghetti Carbonara Mudah

Spaghetti carbonara yang sedap dan mudah menggunakan sup krim cendawan sebagai asas kuah, ditambah ayam, cendawan dan lada hitam. Taklah semudah spaghetti tuna, tapi masih senang dan cepat dimasak.

Berikut dikongsikan resipi spaghetti carbonara berkrim cendawan versi mudah ini.


Bahan-bahan Spaghetti Carbonara

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat spaghetti carbonara.

  • 1 paket 500 gm spaghetti / vermicilli / fettuccine
  • 1 dada ayam tanpa tulang
  • 1 tin besar (420 gm) Campbell's Cream of Mushroom Soup (atau seumpamanya)
  • 1 tin besar (420 gm) cendawan butang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Mentega (butter)
  • Garam


Persediaan Bahan-bahan

Masa persediaan: 15 minit

  1. Bersihkan dan potong kecil isi ayam.
  2. Cencang bawang putih dan potong dadu bawang besar.
  3. Hiris nipis cendawan butang.
  4. Tambuk kasar lada hitam.

spaghetti carbonara mudah dan sedap


Cara Membuat Spaghetti Carbonara

Masa memasak:15 minit

Berikut adalah langkah-langkah menyediakan spaghetti carbonara.


Merebus spaghetti

  1. Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan satu sudu besar garam dan kemudian masukkan spaghetti.
  2. Kacau supaya spaghetti tidak melekat.
  3. Bila spaghetti lembut, angkat dan tuskan.

Sila rujuk cara merebus pasta untuk petua merebus spaghetti dan lain-lain pasta.

.


Memasak sos mushroom black pepper

  1. Panaskan minyak masak dan mentega dalam kuali.
  2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan ayam, dan kacau sehingga isi ayam bertukar dari warna pink ke warna putih.
  4. Masukkan sup cendawan bersama setin air. Kacau sebati dan biarkan mereneh sehingga ayam masak.
  5. Akhir sekali masukkan lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  6. Matikan api, angkat dan hidangkan.


Cadangan Hidangan

Hidangan: 5-6 orang

Tuangkan sos yang telah di masak ke atas spaghetti. Sedap dimakan ketika panas. Taburkan parutan keju dan chilli flakes jika suka.

Click to go to top