Resepi Bihun / Mee Hoon Goreng

Resipi bihun / mee hoon goreng. Bihun, bee hoon atau mee hoon goreng mudah dan cepat dimasak, dan sedap dimakan. Bihun goreng adalah makanan yang agak ringan, sesuai dinikmati untuk sarapan pagi ataupun minum petang.

Berikut kami kongsikan resipi bihun goreng simple serta sedap.


Bahan-bahan

Bahan untuk bihun goreng

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak bihun goreng. Bahan protin serta sayuran boleh ditukar dengan apa-apa yang anda suka atau apa yang ada dalam peti sejuk.

  • 1 paket bihun - rendam sehingga lembut dan toskan
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 4 biji bawang merah - dikisar
  • 1 cm halia - dikisar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 ketul kiub ikan bilis
  • 1 mangkuk kecil udang atau sotong atau ayam
  • 1 mangkuk kobis
  • 2 cawan air
  • Cili hijau
  • Garam dan gula


Bahan untuk hiasan

Bahan-bahan opsyenal untuk tabur/perah.

  • Daun sup / daun bawang
  • Bawang goreng
  • Hirisan tomato
  • Limau nipis

bihun mee hoon goreng sedap


Cara Memasak Bihun Goreng

Berikut adalah cara membuat bihun goreng.

  1. Panaskan minyak masak secukupnya.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah diblend sehingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
  4. Masukkan isi ayam dan kacau sehingga masak.
  5. Masukkan udang/sotong, air, sos cili, sos tiram, kicap manis serta kiub ikan bilis yang dihancur. Biarkan ianya mendidih dengan api perlahan sehingga udang/sotong sehingga 3/4 masak.
  6. Masukkan bihun gaulkan rata sehingga bihun lembut dan sebati. Tambah garam dan gula secukup rasa. Tambah air jika perlu.
  7. Akhir sekali masukkan sayur kobis dan hirisan lada hijau, dan kacau rata.
  8. Bila kubis layu, tutup api, angkat dan hidangkan.


Cara Hidangan

Bihun goreng sedap dihidangkan bersama taburan daun sup / daun bawang, bawang goreng dan hirisan tomato. Perah limau nipis / kasturi sebelum dimakan.

Click to go to top