Resepi Chicken Chop Black Pepper

Chicken Chop merupakan masakan western ayam goreng yang popular terutama di kalangan muda mudi. Salah satu variasi chicken chop ialah Chicken Chop Black Pepper, iaitu chicken chop dengen kuah/sos/gravy lada hitam.

Berikut kami kongsikan resipi Chicken Chop Black Pepper, mudah serta sedap.


Bahan-bahan Chicken Chop

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Chicken Chop Black Pepper.


Bahan untuk ayam goreng

  • 3 ketul dada ayam tanpa tulang
  • Serbuk lada sulah/putih
  • Garam
  • 2 biji telur dipukul ringan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan bread crumb / serbuk roti


Bahan untuk sos black pepper

  • 4 sudu besar lada hitam dikisar/tumbuk halus
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 biji bawang besar dicincang
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 2 sudu besar tepung jagung + 1 cawan air
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 ketul kiub ayam
  • 2 cawan air

resipi chicken chop


Cara-cara Membuat Chicken Chop

Cara memasak ayam goreng

  1. Basuh ayam sehingga bersih dan toskan.
  2. Ketuk ayam sehingga leper supaya perasanya meresap dan daging masak sekata.
  3. Perapkan ayam dengan lada sulah dan garam selama 1 jam atau lebih.
  4. Panaskan minyak secukupnya dengan api yang sederhana (untuk deep frying).
  5. Gaulkan ayam dengan tepung.
  6. Celupkan ayam bertepung ke dalam telur.
  7. Salutkan sepenuhnya dengan serbuk roti.
  8. Goreng secara deep frying.
  9. Angkat dan toskan bila warna keemasan.


Cara membuat sos lada hitam

  1. Panaskan mentega di dalam kuali.
  2. Masukkan bawang putih dan bawang besar dan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan air serta kiub ayam. Biar ia mendidih dan memekat sedikit.
  4. Masukkan lada hitam, sos tiram dan tepung jagung yang telah dilarutkan dalam air.
  5. Kacau tanpa henti supaya sos tak berketul.
  6. Bila pekat, tutup api dan angkat.


Cara Hidangan

Hidangkan chicken chop panas-panas bersama french fries, coleslaw sejuk atau jagung manis. Akhir sekali, tuangkan sos lada hitam ke atas ayam.