Resepi Mee Goreng Sedap

Mee goreng sesuai untuk sarapan pagi, makan tengahari serta makan malam. Ianya murah dan senang disediakan.

Berikut kami kongsikan resipi mee goreng simple serta sedap. Ianya sedikit basah tetapi masih berada dalam kategori mee goreng biasa.


Bahan-bahan

b) Bahan untuk mee goreng

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak mee goreng.

  • 1 pek 500 gram mee kuning - basuh dan toskan
  • 4 ulas bawang putih & 4 ulas bawang merah dikisar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Udang, sotong, ayam atau daging lembu - atau apa yang disukai
  • Kobis/sawi - atau kedua-dua
  • 2 cawan air
  • Cili hijau
  • Garam dan gula


a) Bahan untuk hiasan

Bahan-bahan tabur/perah di bawah adalah opsyenal.

  • Daun sup / daun bawang
  • Bawang goreng
  • Limau nipis

mee goreng


Cara Memasak Mee Goreng

Berikut adalah cara membuat mee goreng.

  1. Panaskan minyak masak secukupnya.
  2. Tumis bawang putih dan merah yang dikisar sehingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
  4. Masukkan ayam atau daging. Kacau dan biarkan hingga sehingga daging empuk.
  5. Masukkan udang/sotong, air, sos cili, sos tiram, kicap manis serta garam. Biarkan ianya mendidih dengan api perlahan sehingga udang/sotong sehingga 3/4 masak.
  6. Masukkan mee kuning bersama sayuran dan gaulkan rata.
  7. Tambah garam dan gula secukup rasa. Tambah air jika perlu.
  8. Akhir sekali sebelum angkat, masukkan hirisan lada hijau, dan kacau rata.
  9. Tutup api, angkat dan hidangkan.


Cadangan Hidangan

Mee goreng sedap dihidangkan panas-panas bersama taburan daun sup / daun bawang dan bawang goreng. Perah limau nipis / kasturi sebelum dimakan.

Click to go to top