Resepi Sambal Tumis Telur Rebus

Resipi sambal tumis telur rebus. Sambal tumis telur rebus atau telur rebus masak merah adalah lauk berasaskan telur yang ringkas, senang dimasak, tapi cukup menyelerakan.

Berikut kami kongsikan resipi telur rebus goreng masak merah yang mudah tapi sedap.


Ramuan / Bahan-bahan Sambal Tumis Telur Rebus

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak sambal tumis telur rebus atau telur rebus masak merah.

  • 5 biji telur ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 10 tangkai cili kering (tambah untuk lebih pedas)
  • Air asam jawa
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 batang serai
  • Sedikit belacan
  • 1 helai daun limau purut
  • Garam dan gula


Persediaan Bahan-bahan

  • Potong, buang biji dan rendamkan cili kering dalam air panas hingga kembang.
  • Cuci dan rebus masak penuh (keras) telur ayam. Kemudian kupas kulitnya.
  • Kisar bawang putih, bawang merah.
  • Kisar cili.
  • Hiris bawang besar dan titik serai.

Telur Rebus Goreng Masak Pedas


Cara Memasak Sambal Tumis Telur Rebus

Berikut adalah cara memasak sambal tumis telur rebus.

  1. Panaskan minyak dalam kuali dengan api kecil dan goreng telur rebus sehingga warna kekuningan. Kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar, serai dan sos cili. Tumis menggunakan api perlahan sehingga betul-betul garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan gula dan bawang besar. Teruskan menumis sekejap supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan dan berkilat.
  5. Kemudian masukkan telur, air asam jawa, belacan, daun limau purut dan garam. Kacau rata-rata. Tambah air jika suka sambal berkuah.
  6. Padamkan api dan hidangkan.


Cara Hidangan

Hidangkan telur rebus goreng masak sambal panas-panas dengan nasi putih, nasi lemak atau nasi tomato.

Click to go to top