Resepi Air Jagung Special Sedap

Cara membuat air jagung susu. Minuman air jagung susu dengan ais menghilangkan dahaga dan menyegarkan, sesuai dinikmati ketika cuaca panas. Minuman lemak manis ini juga merupakan di antara minuman kegemaran ramai untuk berbuka puasa. Tambah aiskrim lagilah sedap. Sekali minum boleh bikin ketagih.

Cara membuatnya mudah saja. Berikut kami kongsikan resipi air jagung susu.


Resipi Air Jagung Susu Special

Masa persediaan: 10 minit ♦ Masa memasak: 0 minit ♦ Hidangan: 5 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan air jagung susu.

  • 3 sudu besar bes minuman berperisa jagung
  • 1/2 tin jagung manis dalam tin
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat manis / krimer manis
  • 2 cawan air panas
  • 2 cawan air masak
  • Secubit garam (untuk membangkitkan rasa lemak manis)
  • Kiub ais
  • Aiskrim vanilla (opsyenal)

resipi minuman air jagung ketagih klebang sedap

Air jagung homemade ori ... lemak manis berkrim, fresh dan sedap


Cara Membuat

Berikut adalah langkah-langkah untuk membancuh air jagung susu special.

  1. Tuang air panas ke dalam jag. Masukkan pati perisa jagung dan dan susu pekat manis. Kacau hingga larut sepenuhnya.
  2. Masukkan air masak, susu cair, secubit garam dan jagung manis. Kacau, rasa dan tambahkan bahan-bahan mengikut citarasa anda. Biarkan sejuk.
  3. Tuangkan ke dalam gelas berisi ketulan ais untuk hidangan. Jangan lupa letak sudu, untuk ceduk jagung,

Lepas ni tak perlu lagi cari air jagung Ketagih, air jagung Klebang atau air jagung balang bila kempunan air jagung. Buat jer sendiri, lebih jimat, lebih puas hati.

Click to go to top