Resepi Pengat Keledek Bersagu

Pengat ubi keledek adalah manisan tradisional yang agak popular terutama sebagai pencuci mulut dan juadah berbuka puasa. Ia sedap dimakan begitu sahaja, bersama pulut atau dicicah roti putih.

Pengat ubi keledek bersagu rasanya lemak manis dan berbau harum. Ia sangat mudah dan cepat untuk disediakan.


Resipi Pengat Ubi Keledek Bersagu

Masa persediaan: 10 minit ♦ Masa memasak: 20 minit ♦ Hidangan: 5 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pengat ubi keledek campur sagu.

  • 1/2 kg ubi keledek oren
  • 3 sudu besar sagu mata ikan
  • 1 cawan santan pekat (atau susu cair)
  • 1 keping gula melaka
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • Secubit garam


Persediaan Bahan-bahan

  1. Kupas ubi keledek, potong dadu kemudian bilas.
  2. Siat dan simpul daun pandan.

pengat ubi keledek sagu sedap


Cara Memasak Pengat Keledek Sagu

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pengat ubi keledek bersagu.

  1. Masukkan ubi keledek, air, gula melaka dan daun pandan ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana.
  2. Bila mendidih, masukkan sagu. Kacau sekali sekala supaya sagu tidak bergumpal.
  3. Bila keledek empuk dan sagu masak (bertukar warna dari putih ke jernih), masukkan santan, secubit garam dan kacau perlahan-lahan.
  4. Biarkan santan mendidih seketika, kemudian angkat.
Click to go to top