Resepi Sira Labu Mudah

Resipi sira labu. Sira labu adalah manisan pencuci mulut yang amat mudah dan cepat dimasak. Sira labu, sira pisang dan butir nangka adalah antara manisan yang popular di Kelantan terutama di bulan puasa.

Berikut kami kongsikan resipi sira labu untuk para pembaca.


Resipi Sira Labu

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 10 minit ♦ Hidangan: 4 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak sira labu.

  • 1 biji labu kuning saiz sederhana
  • 1/2 sudu teh kapur makan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 5 helai daun pandan
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk kulit kayu manis (opsyenal)


Persediaan Bahan-bahan

  1. Belah labu, kupas kulit, buang bijinya dan potong mengikut pangsanya.
  2. Rendamkan labu dalam air kapur (supaya isi labu menjadi pejal) selama 1-2 jam. Kemudian bilas dan tuskan.
  3. Potong daun pandan agar muat periuk.

resepi sira labu pantai timur yang mudah, ringkas dan sedap

Sira labu kulit kayu manis untuk berbuka puasa ... sedap.


Cara Membuat Sira Labu

Berikut adalah langkah-langkah memasak labu sira.

  1. Susun daun pandan di dasar periuk, untuk aroma dan elakkan labu dari hangus.
  2. Susun kepingan labu di dalam periuk dan kemudian taburkan gula di atas labu. Ulangi untuk setiap lapisan.
  3. Masakkan dengan api perlahan. Jika mahu boleh masukkan sedikit air. (Labu akan mengeluarkan air bila dimasak).
  4. Padamkan api bila labu empuk dan air gula likat dan berkilat.
  5. Angkat dan biarkan sejuk.
  6. Simpan dalam peti sejuk dulu sebelum dihidang.


Cadangan Hidangan

Sira labu sedap dinikmati sejuk, sebaik dikeluarkan dari peti ais. Sesuai untuk minum petang atau untuk berbuka puasa.

Click to go to top