Resepi Kuih Apam Puteri Ayu Gebu

Resipi kuih apam seri ayu / puteri ayu. Kuih puteri ayu adalah sejenis kek span kukus bersaiz kecil. Ia biasanya berperisa pandan dan mempunyai inti kelapa di atas.

Berikut kami kongsikan resipi cara membuat apam seri ayu / puteri ayu yang sedap, lembut dan gebu.


Ramuan / Bahan-bahan Apam Puteri Ayu

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih apam puteri ayu.

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 biji telur gred A
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan gula halus/kastor
  • 1 sudu kecil ovalett / emulsifier 
  • 1 sudul kecil esen/perisa pandan
  • 1 sudul kecil pewarna hijau
  • 1 cawan kelapa parut
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/4 sudu kecil garam
  • Acuan kuih


Persediaan Bahan-bahan

Masa persediaan: 25 minit


Inti Kelapa
  1. Gaul sebati kelapa parut, tepung jagung dan garam. Letak tepi.

Adunan
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder.
  2. Pukul gula, telur dan ovalett dalam mangkuk besar sehingga kembang dan putih.
  3. Kemudian masukkan sedikit santan diikuti sedikit tepung gandum. Kacau sebati.
  4. Ulangi langkah 3 sehingga tepung gandum dan santan habis.
  5. Akhir sekali masukkan esen pandan dan pewarna dan kacau sebati.

resipi dan petua kuih apam putu puteri seri ayu sedap lembut dan gebu


Cara Membuat Apam Puteri Ayu

Masa memasak: 15 minit

Berikut adalah langkah-langkah untuk memasak kuih apam seri ayu.

  1. Panaskan pengukus.
  2. Sapu setiap acuan kuih puteri ayu dengan minyak.
  3. Masukkan satu sudu kecil inti kelapa ke dalam setiap acuan. Penyek-penyekkan kelapa supaya mampat.
  4. Masukkan adunan tepung ke dalam acuan sehingga penuh.
  5. Bila air pengukus mendidih, masukkan acuan-acuan berisi adunan dan kukus selama 10-15 minit.
  6. Keluarkan dari pengukus, bila dah sejuk sedikit, keluarkan apam dari acuan.
  7. Ulangi langkah 2 hingga 6 untuk batch seterusnya.


Cadangan Hidangan

Hidangan: 25 biji

Apam puteri ayu sesuai dihidangkan bersama kopi atau teh untuk minum petang.

Click to go to top