Ayam Masak Kicap Berkuah

Resipi ayam masak kicap. Ayam masak kicap merupakan masakan ayam simple dan sedap yang digemari seisi keluarga, orang dewasa dan juga kanak-kanak. Anak-anak pasti sukakannya kerana rasanya yang lemak manis dan tidak pedas.

Berikut kami kongsikan resipi ayam masak kicap enak untuk anda cuba.


Resipi Ayam Masak Kicap

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 30 minit ♦ Hidangan: 4 orang


Bahan-bahan Ayam Masak Kicap

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ayam masak kicap. Kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga tidak perlu dimasukkan jika tak suka rempah.

  • ½ ekor ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 2 cm halia
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 10 biji cili padi
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula


Persediaan Bahan-bahan

  • Potong kecil dan bersihkan ayam. Gaulkan dengan garam kunyit.
  • Mayang bawang putih, bawang merah dan halia.
  • Hiris bulat bawang besar.

ayam masak kicap berkuah chef wan

Ayam masak kicap special sedap. Picit cili api kalau nak pedas.


Cara Memasak Ayam Masak Kicap

Berikut adalah cara memasak ayam masak kicap.

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam hingga warna kekuningan (goreng tiga suku masak). Kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan sebahagian dari minyak yang sama untuk menumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis menggunakan api perlahan sehingga cili betul-betul garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng, kicap, air dan hirisan bawang besar. Lebihkan air kalau nak kuah banyak. Gaulkan rata.
  5. Masukkan cili padi, garam dan gula secukup rasa. Jika tak suka kuah, masak sehingga kuah pekat.
  6. Padamkan api dan hidangkan.
Click to go to top