Resepi Brownies Cip Coklat Almond Paling Sedap

Brownies dengan cip coklat dan almond terbaik. Brownies yang sangat sedap dan kaya dengan coklat. Isi dalamnya lembut dan moist, kulit serta toppingnya (badam hancur) rangup. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa, sebagai kudapan ataupun untuk minum pagi atau petang.


Resipi Brownies Cip Coklat Almond

Masa persediaan: 25 minit ♦ Masa memasak: 35 minit ♦ Hidangan: 50 keping


Bahan-bahan brownies cip coklat badam

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat brownies dengan cip coklat dan badam.


⦿ Bahan A: Adunan coklat dan butter
  • 400 gm coklat masakan (Beryl's dark compound chocolate)
  • 150 gm mentega

⦿ Bahan B: Adunan telur dan gula
  • 4 biji telur gred A
  • 100 gm gula perang
  • 100 gm gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla

⦿ Bahan C: Campuran tepung
  • 100 gm tepung gandum
  • 30 gm serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder

⦿ Bahan D: Topping (bahan tabur)
  • 30 gm chocolate chip
  • 30 gm badam (atau walnut) hancur


Persediaan Bahan-bahan

  • Masukkan bahan A (coklat masakan dan butter) ke dalam mangkuk tahan panas dan cairkan menggunakan kaedah double boil. Sejukkan hingga suam-suam kuku.
  • Pukul bahan B (telur, gula dan esen vanilla) dalam mangkuk besar sehingga gula larut sepenuhnya.
  • Campurkan bahan C (tepung gandum, serbuk koko dan baking powder) dalam bekas berasingan dan gaul rata.

resepi brownie sedap lembut serta rangup


Cara Membuat Brownies

Berikut adalah langkah-langkah menyediakan brownies badam cip coklat.

  1. Preheat oven kepada suhu 160°C.
  2. Tuangkan adunan coklat ke dalam mangkuk berisi adunan telur dan kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan campuran tepung dan koko sedikit demi sedikit dan gaul rata.
  4. Tuangkan adunan siap ke dalam loyang (kami gunakan loyang empat segi bersaiz 10x10 inci) yang telah dialas dengan parchment paper. Ratakan, kemudian taburkan cip coklat ke atas adunan, diikuti dengan badam.
  5. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 30-35 minit atau sehingga brownies tidak melekat pada lidi bila dicucuk.
  6. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
  7. Potong kepada kepingan-kepingan bersaiz 2x1 inci sebelum dihidang.
Click to go to top