Resepi Daging Masak Kicap Berkuah

Daging masak kicap adalah masakan simple tapi sedap yang membangkitkan selera. Masakan berkuah ini sesuai untuk seisi keluarga dan rasa manis kicap cukup disukai oleh kanak-kanak.

Berikut kami kongsikan cara memasak daging kicap.


Resipi Daging Masak Kicap Berkuah

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 30 minit ♦ Hidangan: 5 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi daging masak kicap.

  • 300 gm daging lembu
  • 1 biji bawang besar Holland
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 1 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang lobak merah / carrot
  • 1 biji cili hijau
  • 5 biji cili padi
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Air untuk kuah


Persediaan Bahan-bahan

  • Potong daging melintang urat dan nipis-nipis. Bilas dan tuskan.
  • Hiris bawang besar.
  • Hiris nipis halia dan bawang putih.
  • Hiris bulat carrot dan potong serong cili hijau.

daging masak kicap sedap

Daging kicap dengan carrot. Picit cili api kalau nak pedas.


Cara Membuat

Berikut adalah langkah-langkah untuk memasak daging kicap berkuah.

  1. Rebus daging sehingga empuk dan kering airnya.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih, halia dan bawang besar sehingga wangi.
  3. Masukkan daging, kicap, carrot, cili padi dan air. Kacau rata dan masak sehingga carrot empuk.
  4. Masukkan cili hijau dan perasakan dengan garam. Kacau sekejap.
  5. Angkat dan hidang.
Click to go to top