Resepi Fettuccine/Spaghetti Goreng Cili Padi Pedas

Fettuccine* goreng cili padi pedas. Resepi Fettuccine goreng cili padi ini ditambah tomato segar dan ikan tuna sebagai penambah perisa, serta sayuran untuk keperluan fiber. Menu yang mudah, cepat dimasak dan menyihatkan. Untuk pasta yang tidak pedas dan mesra kanak-kanak pembaca boleh cuba spaghetti tuna atau spaghetti carbonara.

Berikut dikongsikan resipi fettuccine goreng cili padi pedas.


Resipi Fettuccine Goreng Cili Padi

Masa persediaan: 10 minit ♦ Masa memasak: 15 minit ♦ Hidangan: 5 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak fettuccine cili padi dengan tuna.

  • 1 paket 400 gm fettuccine (boleh diganti dengan spaghetti)
  • 1 tin ikan tuna
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 10 biji cili padi
  • 3 biji buah tomato segar
  • 1 batang carrot
  • 1 cawan bunga kobis
  • 1 biji cili merah
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar garam (untuk merebus fettuccine)


Persediaan Bahan-bahan

  1. Cencang atau kisar bawang putih, bawang besar dan cili padi.
  2. Potong dadu buah tomato.
  3. Potong carrot, bunga kobis dan cili merah.
  4. Ceraikan isi ikan tuna dengan garpu.

Fettucine goreng cili padi pedas dengan tuna, tomato, carrot, bunga kobis dan cili merah. Ditabur lada hitam dan dititis minyak zaitun untuk lebih menyengat.

Fettucine goreng cili padi dengan tuna, tomato, carrot, bunga kobis dan cili merah. Ditabur lada hitam untuk lebih menyengat.


Cara Membuat

Berikut adalah langkah-langkah menyediakan fettuccine cili padi dengan tomato dan tuna. Fettuccine dan sos boleh dimasak serentak untuk jimatkan masa.

  1. Masak fettuccine sehingga empuk al-dente, angkat dan tuskan. (Rujuk cara merebus pasta). Jangan buang air rebusan. Simpan dulu untuk diguna kemudian.
  2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili padi dengan api sederhana hingga naik bau.
  3. Masukkan carrot, buah tomato, gula dan tumis sehingga tomato hancur. Lepas tu masukkan bunga kobis.
  4. Kemudian masukkan fettuccine bersama setengah cawan air rebusan. Gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan ikan tuna. Tambah air rebusan jika terlalu kering. Gaul sebati sehingga sos kering.
  6. Matikan api, angkat dan hidangkan.


Cadangan Hidangan

Taburkan lada hitam hancur dan titiskan minyak zaitun sebelum makan. Lepas makan masakan pedas begini, kalau pekena air jagung baru best.

*Fettuccine ni pasta macam spaghetti, cuma bentuknya flat seakan kuey teow.

Click to go to top