Resepi Nasi Goreng Cina

Cara membuat nasi goreng Cina. Biasanya nasi goreng cina ni warna nasinya putih kuning, rasanya light dan tak pedas berbanding nasi goreng lain. Dari segi ramuannya, ia biasanya menggunakan minyak bijan, lada sulah dan sayur campur beku.

Nasi goreng cina mudah dan pantas disediakan. Berikut kami kongsikan resipinya.


Resipi Nasi Goreng Cina

Masa persediaan: 10 minit ♦ Masa memasak: 8 minit ♦ Hidangan: 3 orang


Bahan-bahan Nasi Goreng Cina

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak nasi goreng cina.

  • 3 mangkuk nasi sejuk
  • 1 cawan sayur campur beku (terdiri dari carrot, jagung dan kacang hijau)
  • 2 batang sosej
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih / lada sulah
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 biji telur ayam
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 batang daun bawang
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (opsyenal)


Persediaan Bahan-bahan

  • Leraikan ketulan-ketulan nasi.
  • Cencang bawang putih dan hiris daun bawang.
  • Nyah beku sayur campur dan potong sosej.
  • Pecahkan telur dalam mangkuk, masukkan secubit garam dan pukul sedikit

nasi goreng cina asli sedap

Hidangan nasi goreng cina dengan sosej ayam dan sayur campur


Cara Memasak Nasi Goreng Cina

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyediakan nasi goreng cina.

Pastikan bahan-bahan berada berdekatan kerana proses menggoreng nasi ni sangat cepat. Sentiasa kacau supaya bahan-bahan masak sekata dan tidak hangus.

  1. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali dengan api besar sehingga berasap. Tumis bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan sayur campur, sosej, garam dan kacau selama 2 minit.
  3. Tolak bahan-bahan ke tepi kuali. Tambah satu sudu besar minyak, kemudian masukkan telur dan goreng secara scramble egg sehingga masak.
  4. Masukkan nasi dan kacau selama 3 minit.
  5. Kemudian masukkan minyak bijan, sos tiram, daun bawang dan lada sulah dan kacau rata selama 2 minit sehingga keseluruhan nasi masak sekata.
  6. Angkat dan hidangkan.
Click to go to top