Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal

Resepi ikan cencaru sumbat sambal. Ikan cencaru sumbat sambal ada dua versi - goreng dan bakar. Kedua-dua versi cencaru sumbat memang sedap kalau dimakan panas-panas. Lebih enak kalau sambal dimasak terlebih dahulu sebelum disumbat ke dalam ikan.

Berikut kami kongsikan resipi ikan cencaru sumbat sambal versi bakar.


Resipi Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal

Masa persediaan: 20 minit ♦ Masa memasak: 15 minit ♦ Hidangan: 4 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi ikan cencaru sumbat bakar.

  • 4 ekor ikan cencaru segar
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • Air asam jawa atau asam keping
  • 1 cm kiub belacan - optional
  • Garam dan gula secukup rasa


Persediaan Bahan-bahan

  1. Siang ikan cencaru, belah belakang, bersihkan dan tuskan.
  2. Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serai.

ikan cencaru sumbat sambal sedap

Ikan cencaru sumbat sambal versi bakar


Cara Membuat

Berikut adalah langkah-langkah memasak ikan cencaru bakar sumbat sambal.

  1. Tumis bahan kisar (bawang merah, bawang putih, halia dan serai) sehingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan pecah minyak.
  3. Perasakan dengan garam, gula dan air asam jawa.
  4. Sumbatkan sambal yang dah masak ke dalam ikan melalui belakang yang telah dibelah.
  5. Panggang ikan atas bara api. Boleh juga gunakan pemanggang ajaib atau oven.
  6. Angkat dan hidangkan.


Cadangan Hidangan

Hidangkan ikan cencaru sumbat bakar panas-panas bersama nasi putih. Lagi nikmat kalau dicicah air asam atau sambal kicap.

Click to go to top