Resepi Sos Black Pepper Sedap

Resepi sos lada hitam (black pepper sauce). Sos lada hitam ialah gandingan hebat untuk ayam panggang, chicken chop dan barbeku.

Sos lada hitam boleh dibuat sendiri di rumah dengan mudah. Kelebihan membuat sendiri ialah ianya lebih segar dan anda boleh mengubahsuai tahap kepedasan dan kepekatan sos mengikut citarasa sendiri.

Kali ini kami kongsikan resipi sos lada hitam.


Resipi Sos Lada Hitam / Black Pepper

Masa persediaan: 5 minit ♦ Masa memasak: 10 minit ♦ Hidangan: 10 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk sos lada hitam.

  • 1½ sudu besar lada hitam
  • 3 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar gandum
  • 1 cawan air
  • 1 cawan susu
  • 1 kiub stok ayam
  • Garam secukup rasa


Persediaan Bahan-bahan

  • Kisar lada hitam (kasar atau halus terpulang kepada citarasa).

sos lada hitam atau black pepper sauce

Sos lada hitam (black pepper sauce) kaw


Cara Memasak

Berikut adalah langkah-langkah untuk memasak sos lada htam.

  1. Panaskan mentega di dalam kuali dengan api perlahan sehingga cair dan jernih.
  2. Taburkan gandum ke atas mentega. Kacau menggunakan whisk selama kira-kira lima minit sehingga ia berwarna keperangan. Langkah ini penting untuk hilangkan rasa gandum mentah.
  3. Masukkan susu sedikit demi sedikit serta kacau.
  4. Kemudian masukkan air, lada hitam, kiub stok ayam dan garam. Kacau sehingga campuran licin sebati dan tiada ketulan.
  5. Reneh sehingga mencapai kepekatan yang diingini.
  6. Tutup api dan angkat.


Cadangan Hidangan

Sos black pepper sedap dihidangkan dengan chicken chop, burger, chicken nugget, steak dan barbeku. Ia boleh dihidangkan terus atau disimpan dalam peti sejuk. Jika di simpan, (tambah air jika perlu) dan panaskan sebelum dihidang.

Click to go to top