Kangkung Goreng Belacan Dengan Udang

Resipi kangkung goreng belacan dengan udang. Sayur kangkung goreng belacan adalah menu murah, simple dan sangat cepat dimasak. Lebih sedap bila di tambah udang segar.

Berikut kami kongsikan resipi kangkung goreng belacan dengan udang.


Resipi Kangkung Goreng Belacan Dengan Udang

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 7 minit ♦ Hidangan: 5 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi kangkung goreng belacan dengan udang.

  • 1 ikat sayur kangkung (lebihkurang 400 gm)
  • 15 ekor udang segar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 8 biji cili padi (kurangkan kalau tak nak pedas)
  • 1 biji cili hijau
  • 1 cm belacan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis


Persediaan Bahan-bahan

  • Potong kangkung ikut suka, bersihkan dan asingkan bahagian batang dan daun. Tuskan.
  • Tumbuk atau kisar bawang putih, bawang merah, cili padi dan belacan.
  • Bersihkan udang dan hiris serong cili hijau.

kangkung goreng belacan pedas dengan udang

Sayur kangkung goreng belacan special dengan udang ... rangup dan enak


Cara Memasak

Berikut adalah langkah-langkah memasak kangkung goreng belacan dengan udang.

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih, cili api, belacan yang telah ditumbuk/kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan udang, batang kangkung, garam, gula dan serbuk perasa jika mahu. Kacau goreng sehingga udang kemerahan.
  3. Masukkan pula bahagian daun kangkung serta cili hijau dan kacau seketika.
  4. Angkat dan hidangkan panas-panas.


Tip

Jangan masak terlalu lama agar (batang) kangkung kekal rangup.

Click to go to top