Resepi Apam Beras Gebu

Resipi apam beras gebu. Kuih apam beras atau apam nasi merupakan kuih kukus simple yang mudah dibuat. Teksturnya lembut, gebu dan rasanya manis. Apam beras enak dimakan bersama kelapa parut yang lemak dan sedikit masin.

Berikut kami kongsikan resipi apam beras lembut dan gebu sukatan cawan.


Resipi Apam Beras

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 25 minit ♦ Hidangan: 20 biji


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi apam beras.

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan nasi sejuk
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh yis segera Mauripan
  • 1½ cawan air
  • Pewarna
  • 1 cawan kelapa parut putih
  • Minyak masak untuk sapuan


Persediaan Bahan-bahan

  • Kisar nasi sejuk dan air sehingga halus. Kemudian masukkan tepung beras, tepung gandum, yis, gula pasir dan pewarna. Kisar lagi hingga sebati. Akhir sekali masukkan adunan ke dalam mangkuk besar dan perap selama 3 jam sehingga ia naik dan gebu.
  • Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam.

apam beras gebu merekah

Kuih apam beras kukus gebu ... lembut, lemak manis bila dimakan bersama kelapa parut


Cara Memasak

Berikut adalah langkah-langkah mengukus apam beras lembut.

  1. Panaskan pengukus sehingga air mendidih.
  2. Sapukan setiap acuan dengan minyak supaya apam senang dikeluarkan bila masak nanti.
  3. Tuangkan adunan ke dalam acuan sehingga penuh.
  4. Aturkan acuan yang sudah diisi di dalam pengukus dan kukus selama 15 - 20 minit.
  5. Bila kuih apam masak dan merekah, angkat dan keluarkan dari acuan .
  6. Hidangkan bersama kelapa parut.
Click to go to top