Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

Ikan patin masak tempoyak. Gulai tempoyak ikan patin memang sedap lebih-lebih lagi yang asli dari Temerloh. Rasanya yang umami dan masam manis cukup menyelerakan.

Resipi ikan patin masak tempoyak ni simple sebenarnya, boleh masak sendiri di rumah. Ia menggunakan bahan-bahan asas sahaja, tak perlu menumis dan tidak menggunakan bawang.

Berikut kami kongsikan cara memasak ikan patin tempoyak.


Resipi Ikan Patin Tempoyak

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 15 minit ♦ Hidangan: 4 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi masak tempoyak ikan patin.

  • 1 ekor ikan patin sederhana besar
  • 5 sudu besar tempoyak
  • 1 inci kunyit hidup
  • 10 biji cili padi
  • Secekak daun kesum
  • 1 keping asam gelugor
  • 5 biji kacang bendi - opsyenal
  • 4 cawan air - bergantung kepada kepekatan kuah yang diingini
  • Garam dan gula secukup rasa


Persediaan Bahan-bahan

  • Potong ikan patin ikut saiz yang diingini. Basuh dengan tepung gandum untuk hilangkan lendir dan hanyir ikan. Bilas dan tuskan.
  • Kisar kunyit, cili padi dan tempoyak bersama sedikit air.

ikan patin masak tempoyak asli temerloh

Ikan patin masak tempoyak ala Temerloh, but made in Kelantan


Cara Memasak

Berikut adalah langkah-langkah untuk memasak gulai tempoyak ikan patin.

  1. Masukkan kunyit, cili padi dan tempoyak yang sudah dikisar, air dan asam keping  ke dalam periuk.
  2. Rebus sehingga kuah mendidih dan mencapai kepekatan yang diingini.
  3. Masukkan ikan patin, daun kesum dan bendi. Didihkan dan biarkan ia mereneh seketika sehingga ikan empuk (kira-kira 3 minit). Jangan lama sangat sebab ikan patin lembut dan mudah hancur.
  4. Perasakan dengan garam. Keluarkan asam keping jika dah cukup rasa masam. Masukkan sedikit gula jika terlalu pedas.
  5. Matikan api, angkat dan hidangkan.
Click to go to top