Resipi Daging Masak Merah

Daging masak merah adalah masakan daging yang mudah dan ringkas, tapi sedap. Masakan simple ini enak dinikmati panas-panas dengan nasi putih atau nasi goreng, telur dadar, sambal belacan dan ulam timun.

Berikut kami kongsikan cara memasak daging masak merah.


Resipi Daging Masak Merah

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 30 minit ♦ Hidangan: 5 - 6 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi daging masak merah.

  • 300 gm daging lembu
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar
  • ½ batang lobak merah
  • Pewarna merah - optional
  • 4 sudu besar minyak masak
  • Garam secukup rasa


Persediaan Bahan-bahan

  • Potong daging nipis-nipis, kemudian bilas dan tuskan.
  • Hiris bulat bawang besar dan potong serong carrot.
  • Hiris nipis halia dan bawang putih.

daging masak merah sedap

Daging masak merah, lauk ringkas lazat tapi menyelerakan


Cara Membuat

Berikut adalah langkah-langkah untuk memasak daging masak merah.

  1. Masukkan daging ke dalam kuali bersama air sekadar menenggelamkan daging. Masukkan sedikit pewarna merah dan rebus dengan api sederhana sehingga daging empuk. Tambah air jika perlu.
  2. Setelah daging lembut dan air kering, masukkan minyak, besarkan api dan goreng daging sehingga sedikit garing. Tahap kegaringan mengikut citarasa anda. Angkat daging dan ketepikan dulu.
  3. Masukkan bawang putih dan halia dan tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato dan carrot. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
  5. Akhir sekali masukkan kembali daging yang telah digoreng dan masukkan bawang besar.
  6. Kacau rata, masak seketika kemudian angkat.
Click to go to top