Ubi Keledek Jepun Rebus

Ubi keledek Jepun rebus. Ubi keledek Jepun kulitnya berwarna ungu kemerahan dan isinya berwarna kekuningan. Rasanya lebih manis dan lebih sedap dari ubi keledek jenis lain. Ia merupakan makanan sihat yang kaya dengan vitamin A, serat, potassium dan antioksidan.

Ubi keledek Jepun rebus, kukus atau bakar rendah kalorinya dan tiada lemak, sangat sesuai untuk mereka yang nak menguruskan badan. Berikut kami kongsikan cara merebus ubi keledek Jepun.


Cara Merebus Ubi Keledek Jepun

Masa persediaan: 10 minit ♦ Masa memasak: 20 minit ♦ Hidangan: 4 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi keledek Jepun rebus.

  • 1 kg ubi keledek Jepun
  • 1 sudu kecil garam
  • Air

ubi keledek jepun chiba rebus

Ubi keledek Jepun rebus ... manis dan kaya dengan khasiat


Cara Memasak

Berikut adalah langkah-langkah untuk merebus ubi keledek manis Jepun.

  1. Cuci bersihkan ketulan ubi dengan menggosoknya di bawah air paip.
  2. Potong dua/tiga supaya mudah empuk.
  3. Masukkan ke dalam periuk bersama garam. Masukkan air sehingga menenggelamkan ubi.
  4. Tutup periuk dan rebus sehingga empuk.
    Kalau mengunakan kaedah biasa ia ambil masak dalam 20 minit. Kalau nak cepat boleh guna periuk Noxxa (periuk tekanan) - hanya ambil masa 6 minit jika memasak dengan high pressure.
  5. Bila empuk, tuskan dan biarkan suam sedikit sebelum dimakan.

Ubi keledek Jepun rebus ni kalau nak dibuat cik mek molek pun boleh.

Click to go to top