Resepi Kek Marble Pelangi Mudah

Resipi kek marble pelangi gebu. Kek marble pelangi - cantik dipandang sedap dimakan, dan agak mudah disediakan. Teksturnya lembut, dan sangat sesuai untuk hidangan hari raya.

Berikut kami kongsikan resipi kek marble pelangi mudah sukatan cawan.


Resipi Kek Marble Pelangi

Masa persediaan: 30 minit ♦ Masa memasak: 45 minit ♦ Hidangan:10 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi kek marble.

  • 2 cawan tepung kek
  • 1½ cawan gula halus/icing
  • 4 biji telur ayam gred A
  • 1 buku / 250g mentega (suhu bilik)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Pewarna hijau, kuning dan merah


Persediaan Bahan-bahan

  • Ayakkan tepung kek bersama baking powder dan ketepikan.
  • Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci, lapikkan dengan baking parchment paper.

kek marble pelangi sedap gebu mudah

Kek marble pelangi yang berwarna-warni ... gebu, lembut dan enak


Cara Memasak

Berikut adalah langkah-langkah memasak kek marble pelangi lembut.

  1. Preheat oven kepada suhu 180°C.
  2. Pukul gula dan mentega hingga kembang (ia akan kelihatan putih dan gebu) di dalam mangkuk.
  3. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil di pukul hingga rata dan kembang.
  4. Masukkan susu pekat, esen vanilla di ikuti dengan tepung yang telah di ayak sambil di gaul sehingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan satu bahagian dengan warna merah, satu bahagian warna hijau dan satu bahagian warna kuning.
  6. Sendukkan adunan ke dalam loyang. Lapiskan adunan mengikut susunan warna yang menepati citarasa anda. Ulang sehingga habis adunan.
  7. Bakar pada suhu 180°C sehingga masak (sekitar 45 minit).
  8. Setelah masak, keluarkan dari oven, biarkan sejuk, kemudian potong dan hidangkan.
Click to go to top