Resepi Kuih Batang Buruk Asli

Resipi kuih batang buruk asli. Kuih batang buruk merupakan biskut raya kegemaran ramai. Ianya rangup, lemak manis dengan rasa kacang hijau. Bila start makan susah nak berhenti.

Berikut kami kongsikan resepi biskut batang buruk tradisional menggunakan kacang hijau dan tepung (bukan kulit popia) untuk para pembaca.


Resepi Kuih Batang Buruk


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi kuih batang buruk sukatan cawan.


Bahan Untuk Kulit
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1½ cawan tepung beras
  • 1 cawan santan
  • 2 biji telur
  • Minyak masak untuk menggoreng

Bahan Untuk Inti
  • 2 cawan kacang hijau
  • 1 cawan gula pasir
  • ½ sudu kecil garam

kuih biskut batang buruk asli sedap

Kuih/biskut batang buruk ... kuih raya kegemaran ramai


Cara Membuat Kuih Batang Buruk

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat biskut batang buruk kacang hijau.


Cara Membuat Inti
  1. Sangai (goreng tanpa minyak) kacang hijau tanpa minyak dengan api kecil sehingga kekuningan. Biarkan sejuk.
  2. Buang kulit, kemudian kisar kering kacang hijau bersama gula dan garam sehingga halus.

Cara Membuat Kulit
  1. Masak santan sehingga mendidih. Kemudian biarkan sejuk.
  2. Gaul tepung gandum, tepung beras, santan yang telah dimasak dan telur. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
  3. Canai nipis dan potong doh kepada kepingan-kepingan empat segi bersaiz 2cm x 3cm.
  4. Gulungkan kepada bentuk silinder yang berlubang di tengahnya.
  5. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan tuskan.

Menggabungkan Kulit Dan Inti
  1. Masukkan kulit yang telah digoreng ke dalam tepung inti (campuran serbuk kacang hijau dan gula). Gaulkan sebati, pastikan serbuk memenuhi lubang setiap batang buruk.
  2. Hidangkan atau simpan dalam balang / bekas kedap udara.
Click to go to top