Resepi Daging Masak Black Pepper

Resipi daging black pepper. Daging black pepper atau daging masak lada hitam adalah masakan daging yang mudah dan cepat dimasak. Memang sedap kalau dimakan panas-panas dengan nasi putih. Masakan ini cara memasaknya hampir sama dengan daging goreng kunyit.

Berikut kami kongsikan resepi daging black pepper.


Resipi Daging Masak Black Pepper

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 15 minit ♦ Hidangan: 5 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi daging goreng lada hitam.

  • ½ kg daging lembu batang pinang
  • 4 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 biji lada benggala (capsicum)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • Garam
  • Minyak masak


Persediaan Bahan-bahan

  • Kisar bawang putih dan halia. Tumbuk kasar lada hitam.
  • Potong daging nipis-nipis melintang urat supaya cepat empuk.
  • Gaulkan daging dengan bahan kisar, lada hitam, sos tiram, kicap dan gula. Perap selama satu jam atau lebih.
  • Belah lapan bawang besar dan potong capsicum.

daging masak black pepper lada hitam

Daging black pepper sedap ... aromanya cukup menyelerakan


Cara Memasak Daging Black Pepper

Berikut adalah cara memasak daging black pepper.

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan daging yang telah diperap. Tambah air hingga tenggelam daging dan dan renehkan sehingga daging lembut. Tambah air jika air kering sebelum daging empuk.
  2. Setelah daging lembut dan air kering, besarkan api dan goreng daging secara stir fry sehingga garing. Tahap kegaringan mengikut citarasa anda.
  3. Masukkan garam, hirisan bawang besar dan capsicum. Kacau rata.
  4. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau.
  5. Bila kuah pekat, padamkan api, angkat dan hidangkan panas-panas.
Click to go to top