Resepi Ikan Masak Kicap

Resipi ikan masak kicap. Ikan masak kicap merupakan masakan ikan mudah dan sedap yang digemari seisi keluarga. Kanak-kanak pasti sukakannya kerana rasanya yang lemak manis dan tidak pedas.

Berikut kami kongsikan resipi ikan masak kicap simple untuk anda cuba.


Resipi Ikan Masak Kicap

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 30 minit ♦ Hidangan: 4 orang


Bahan-bahan Ikan Masak Kicap

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ikan masak kicap. Lebihkan air jika mahu versi berkuah.

  • 4 ekor ikan kembung/ selar/ selayang
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 2 cm halia
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 biji cili merah/ hijau
  • 5 biji cili padi
  • ½ cawan air
  • Garam secukup rasa


Persediaan Bahan-bahan

  • Siang ikan, bersihkan kemudian kelar. Gaulkan dengan garam kunyit.
  • Mayang bawang putih, bawang merah dan halia.
  • Hiris bulat bawang besar. Potong serong cili merah/ hijau.

ikan masak kicap sedap

Ikan selar masak kicap sedap. Picit cili api kalau nak pedas.


Cara Memasak Ikan Masak Kicap

Berikut adalah cara memasak ikan kicap.

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan hingga garing. Kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan sebahagian dari minyak yang sama untuk menumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis menggunakan api perlahan sehingga cili betul-betul garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan kicap, sos tiram, sos tomato, air, hirisan bawang besar dan garam secukup rasa. Lebihkan air kalau nak banyak kuah. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan ikan yang telah digoreng, cili merah dan cili padi. Gaul sebati.
  6. Padamkan api dan hidangkan.
Click to go to top