Resepi Rendang Daging Sedap

Resipi rendang daging. Rendang daging merupakan menu popular di hari raya terutamanya hari raya korban. Ia sedap dimakan dengan nasi, lemang, ketupat, nasi impit atau pulut kuning. Rendang daging yang dimasak sempurna rasanya sedap, teksturnya lembut dan tahan lama. Memasak rendang nampak macam rumit, tetapi sebenarnya agak mudah.

Berikut kami kongsikan resipi rendang daging.


Resipi Rendang Daging

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 60 minit ♦ Hidangan: 8 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi daging masak rendang.

  • 1 kg daging lembu tempatan
  • 1 cawan santan segar
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2 helai daun kunyit
  • 5 helai daun limau purut
  • Garam
Bahan Kisar
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • ½ inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 6 batang serai
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 20 biji cili kering (blend berasingan)


Persediaan Bahan-bahan

  • Potong daging melintang urat dan bersihkan.
  • Potong cili kering, buang biji dan rendam dalam air panas sehingga kembang, kemudian kisar.
  • Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, kunyit hidup, serai, jintan putih dan jintan manis.
  • Hiris halus daun kunyit dan hiris kasar daun limau purut.

rendang daging asli

Rendang daging sedap dimakan dengan nasi, ketupat atau pulut kuning


Cara Memasak Rendang Daging

Berikut adalah cara memasak rendang daging.

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging, gaul sebati dengan bahan tumisan dan masak hingga daging kecut sedikit.
  4. Masukkan santan, air, kerisik, asam keping, garam dan gula perang.
  5. Masak menggunakan api kecil dan biarkan rendang mereneh hingga pecah minyak dan daging empuk. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan rendang berkerak.
  6. Setelah daging empuk, masukkan daun kunyit, daun limau purut dan gaul sebati.
  7. Masak sehingga kuah pekat / agak kering, kemudian angkat dan hidangkan.

Semoga resepi daging masak rendang ini berguna buat para pembaca.

Click to go to top