Resepi Sup Sayur Cendawan Dan Sawi

Sus sayur cendawan sawi. Sup sayur sememangnya sedap, ringkas dan mudah disediakan. Ia sering kali menjadi menu penyelamat dikala sibuk/malas.

Sup sayur boleh saja dibuat menggunakan sebarang jenis sayur, cuma kali ini kami kongsikan resepi sup sayur sawi dan cendawan.


Resipi Sup Sayur Cendawan dan Sawi

Masa persediaan: 10 minit ♦ Masa memasak: 10 minit ♦ Hidangan: 2-3 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi sup tumis sayur sawi dan cendawan. Sayuran di bawah boleh digantikan dengan sebarang jenis sayur asalkan segar.

Untuk perencah, ikan bilis boleh digantikan dengan udang, udang kering, ayam, kiub ayam atau kiub ikan bilis.

  • ½ batang karot / lobak merah
  • 4 cendawan shitake
  • 2 pokok sawi
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit ikan bilis sebagai perencah
  • Lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak masak


Persediaan Bahan-bahan

  • Cuci karot, sawi dan cendawan, kemudian potong. Potong karot nipis-nipis supaya mudah empuk.
  • Hiris nipis bawang putih.

sup sayur carrot, sawi, cendawan

Sup sayur sawi, lobak merah dan cendawan ... simple tapi sedap


Cara Memasak

Berikut adalah cara memasak sup sayur.

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga layu.
  2. Masukkan ikan bilis dan tumis sehingga ikan bilis sedikit garing dan bawang putih kekuningan.
  3. Masukkan air secukupnya, karot dan batang sawi. Perasakan dengan garam, gula dan lada sulah.
  4. Bila kuah menggelegak, masukkan daun sawi dan biarkan mendidih seketika.
  5. Matikan api, angkat dan hidangkan panas-panas.
Click to go to top