Hati Dan Limpa Lembu Goreng Kunyit

Hati & limpa lembu goreng kunyit adalah masakan yang sangat mudah tapi sedap yang membangkitkan selera. Di Kelantan, masakan ini dan perut lembu air asam merupakan dua menu "segera" yang dijamu sejurus selesai kerja-kerja melapah lembu korban pada hari raya aidiladha.

Berikut kami kongsikan cara memasak limpa dan hati lembu goreng kunyit.


Resepi Hati & Limpa Goreng Kunyit

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 30 minit ♦ Hidangan: 5 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi hati sama limpa goreng kunyit.

  • 300 gm hati & limpa
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 batang kacang panjang
  • 3 biji cili padi
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil sebuk lada hitam
  • Serbuk perasa - optional
  • 3 sudu besar minyak masak


Persediaan Bahan-bahan

  • Potong dadu hati, potong nipis limpa, kerana limpa lebih susah empuk berbanding hati. Rendam sekejap (10 minit) dalam air yang dicampur tepung gandum untuk menghilangkan bau hamis lembu. Kemudian bilas dan tuskan.
  • Gaulkan hati dan limpa dengan serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa (jika suka).
  • Hiris bulat bawang besar dan hiris nipis bawang putih.
  • Potong kacang panjang dan cili padi.

hati limpa lembu goreng kunyit lada hitam kelantan

Hati dan limpa lembu goreng kunyit enak dinikmati panas-panas dengan nasi putih dan sambal belacan


Cara Membuat

Berikut adalah langkah-langkah untuk memasak hati dan limpa goreng kunyit.

  1. Masukkan hati dan limpa lembu ke dalam kuali. Masukkan air hingga tenggelam hati & limpa dan masukkan sesudu besar minyak. Rebus dengan api sederhana sehingga empuk.
  2. Setelah hati & limpa empuk dan air kering, masukkan minyak selebihnya. Goreng sambil mengacau sehingga hati dan limpa garing mengikut citarasa anda.
  3. Masukkan kacang panjang, bawang putih dan lada hitam. Kacau sekejap. Kemudian masukkan hirisan bawang besar, cili padi dan kacau sehingga bawang layu.
  4. Matikan api, angkat dan hidangkan.
Click to go to top