Resepi Rendang Ayam Sedap

Resipi rendang ayam. Ayam masak rendang merupakan menu popular yang sesuai untuk pelbagai majlis samada jamuan, kenduri atau hari raya. Ia sedap dimakan dengan nasi putih, lemang, ketupat, nasi impit, roti jala atau pulut kuning. Memasak rendang nampak macam rumit, tetapi sebenarnya sangat mudah.

Berikut kami kongsikan cara memasak rendang ayam.


Resipi Rendang Ayam

Masa persediaan: 20 minit ♦ Masa memasak: 30 minit ♦ Hidangan: 6 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi ayam masak rendang.

  • 1 ekor ayam
  • 2 cawan santan segar
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 helai daun kunyit
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5 batang serai
  • 20 biji cili kering (blend berasingan)


Persediaan Bahan-bahan

  • Potong ayam ikut suka, bersihkan, kemudian tuskan.
  • Potong cili kering, buang biji dan rendam dalam air panas sehingga kembang, kemudian kisar.
  • Kisar bawang merah, bawang putih, bawang besar, lengkuas, halia, kunyit hidup dan serai.
  • Hiris halus daun kunyit.

rendang ayam kelantan negeri sembilan tok

Rendang ayam sedap dimakan dengan ketupat, nasi lemak atau pulut kuning


Cara Penyediaan

Berikut adalah cara memasak rendang ayam.

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, gaul sebati dengan bahan tumisan dan masak sehingga air ayam kering.
  4. Masukkan santan, kerisik, asam keping, garam dan gula.
  5. Masak sehingga kuah mendidih, kemudian kecilkan api dan renehkan hingga ayam empuk dan kuah pecah minyak. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan rendang berkerak.
  6. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan gaul sebati.
  7. Masak sehingga kuah agak kering, kemudian angkat dan hidangkan.

Semoga resepi rendang ayam ini memberi inspirasi kepada para pembaca.