Resepi Bihun Kuah Istimewa

Resepi bihun kuah. Sekali-sekala bila dah jemu makan nasi, bolehla cuba masak bihun atau mee kuah. Namanya simple tapi rasanya sangat sedap. Kuahnya di campur daging, telur dan sayuran – lazat, mesra kanak-kanak dan mengenyangkan.

Berikut adalah cara memasak bihun kuah.


Resipi Bihun Kuah

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 20 minit ♦ Hidangan: 2 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk bihun kuah.

  • 150 gm bihun kering
  • 100 gm daging
  • 2 biji telur ayam
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 kelopak kubis
  • 1 tangkai sayur sawi
  • 4 biji cili padi (kurangkan/tambah mengikut tahap kepedasan yang diingini)
  • 1 senduk minyak masak
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa
  • 4 cawan air

Bahan-bahan hiasan
  • 2 hiris limau nipis
  • Daun sup
  • Bawang goreng


Persediaan Bahan-bahan

  • Hiris kecil daging.
  • Bersihkan dan potong kobis dan sawi. Asingkan daun dan batang sawi.
  • Rendamkan bihun dalam air sehingga lembut, kemudian tuskan.

bihun kuah istimewa

Bihun kuah istimewa untuk mengganti nasi ... lagi ummph kalau ada cili jeruk


Cara Membuat

Berikut adalah langkah-langkah untuk memasak bihun kuah.

  1. Rebus daging dengan air, garam dan serbuk perasa. Apabila empuk, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga bawang putih kekuningan.
  3. Apabila naik bau, masukkan daging yang direbus tadi berserta air rebusannya. Biarkan mendidih.
  4. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu, jangan kacau dan masak perlahan sehingga telur masak dan timbul.
  5. Masukkan sayur kobis, batang sawi, sos tomato dan serbuk lada sulah.
  6. Setelah mendidih, masukkan bihun. Masak seketika (kira-kira 2 minit) sehingga bihun lembut.
  7. Akhir sekali masukkan daun sawi, kemudian tutup api.
  8. Angkat dan hidangkan.


Cadangan Hidangan

Hidangkan bihun kuah panas-panas dengan hirisan limau nipis dan cili jeruk. Perah limau bila hendak makan.

Click to go to top