Resepi Kailan Ikan Masin

Resipi kailan ikan masin. Sayur kailan ikan masin adalah menu ringkas, mudah dan sangat cepat dimasak. Enak dinikmati dengan nasi putih, telur dadar dan sambal belacan untuk santapan makan tengahari. Bertambah sedap kalau di tambah sedikit protin seperti ayam, udang atau sotong.

Berikut kami kongsikan resipi kailan ikan masin dengan ayam.


Resepi Kailan Ikan Masin

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 10 minit ♦ Hidangan: 4 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi kailan ikan masin.

  • 1 ikat sayur kailan (lebihkurang 300 gm)
  • 1 keping ikan masin (ikan tenggiri atau jenis lain)
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 keping dada ayam
  • 1 biji cili hijau / cili merah - optional
  • Sos tiram
  • Serbuk perasa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis


Persediaan Bahan-bahan

  • Potong kailan ikut suka, bersihkan dan tuskan.
  • Mayang bawang putih.
  • Potong ikan masin dan ayam kecil-kecil.
  • Potong serong cili hijau.

kailan ikan masin sedap

Sayur kailan ikan masin special dengan ayam ... rangup dan enak


Cara Memasak

Berikut adalah langkah-langkah memasak kailan ikan masin.

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan ikan masin, ayam, sos tiram dan sedikit air. Kacau goreng sehingga ayam masak.
  3. Kemudian masukkan sayur kailan, cili hijau, cili merah, garam dan serbuk perasa. Masakkan sebentar sahaja agar sayur kailan tidak terlalu layu sehingga menghilangkan zatnya.
  4. Segera angkat ke dalam pinggan hidangan, tabur lada sulah dan hidangkan panas-panas.


Tip

Jangan masak terlalu lama supaya batang kailan kekal rangup.