Ikan Masak Masam Manis / Sweet And Sour

Resepi ikan bawal masak masam manis. Ikan masak masam manis atau ikan sweet and sour merupakan masakan ikan yang cukup mudah dan sedap. Selain ikan masak kicap, ikan masak manis merupakan menu lauk ikan yang lazimnya digemari seisi keluarga.

Berikut kami kongsikan resipi ikan bawal masak masam manis simple untuk anda cuba sendiri di rumah.


Resipi Ikan Bawal Masak Masam Manis

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 20 minit ♦ Hidangan: 4 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ikan bawal masak masam manis.

  • 2 ekor ikan bawal
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 2 cm halia
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji lada benggala / capsicum
  • Sedikit air asam jawa
  • ½ cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa


Persediaan Bahan-bahan

  • Siang ikan, bersihkan kemudian kelar. Gaulkan dengan garam kunyit.
  • Mayang bawang putih, bawang merah dan halia.
  • Potong baji bawang besar. Potong lada benggala.

ikan bawal masak masam manis

Ikan bawal masak masam manis sedap dan menyelerakan


Cara Memasak

Berikut adalah cara memasak ikan bawal masak masam manis / sweet and sour.

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan hingga garing. Kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan sebahagian dari minyak yang sama untuk menumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis menggunakan api perlahan sehingga cili betul-betul garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, air, air asam jawa dan hirisan bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula. Lebihkan air kalau nak banyak kuah. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan ikan yang telah digoreng dan lada benggala. Gaul sebati.
  6. Padamkan api, angkat dan hidangkan.
Click to go to top