Resepi Peria Goreng Telur

Peria goreng telur adalah masakan sayur yang ringkas dan amat mudah disediakan. Peria merupakan sejenis sayuran yang berkhasiat dan sangat bagus untuk kesihatan. Biasanya digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis.

Berikut kami kongsikan cara memasak peria goreng telur.


Resipi Peria Goreng Telur

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 5 minit ♦ Hidangan: 4 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk kacau goreng peria dengan telur.

  • 1 biji peria saiz sederhana
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 2 sudu besar udang kering atau ikan bilis
  • 1 biji telur ayam
  • 1 biji cili merah
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak masak


Persediaan Bahan-bahan

  • Belah dua buah peria, buang biji dan isi dalaman, potong serong nipis-nipis, dan rendam dalam air garam selama 15 minit untuk mengurangkan pahitnya. Kemudian tuskan dan bilas.
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan udang kering/ ikan bilis.
  • Potong serong cili merah.

peria goreng telur


Cara Memasak

Berikut adalah langkah-langkah untuk memasak peria goreng telur.

  1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering sehingga kekuningan.
  2. Masukkan peria dan cili merah. Kacau sekejap untuk sebatikan dengan tumisan.
  3. Masukkan sos tiram dan perasakan dengan garam dan gula. Kacau sehingga peria sedikit layu.
  4. Masukkan telur yang telah dipukul dan kacau sehingga telur mengeras dan peria masak.
  5. Matikan api dan angkat segera.
  6. Hidangkan panas-panas.

Selamat mencuba resepi sayur peria goreng telur.

Click to go to top