Resepi Sotong Goreng Kunyit

Resepi sotong goreng kunyit. Sotong goreng kunyit adalah menu lauk paling mudah, ringkas dan sangat cepat disediakan. Lauk ekspres ni sangat sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja dan kesuntukan masa. Sedap dimakan bersama nasi panas, ulam timun dan sambal belacan.

Berikut kami kongsikan cara memasak sotong goreng kunyit yang senang dan sedap.


Resipi Sotong Goreng Kunyit

Masa persediaan: 10 minit ♦ Masa memasak: 10 minit ♦ Hidangan: 3 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi sotong goreng kunyit.

  • 8 ekor sotong segar saiz sederhana (1/2 kg)
  • 3 cm kunyit hidup
  • 1 cm halia
  • 1 ulas bawang putih
  • Garam secukup rasa
  • 4 batang kacang panjang
  • 1 biji cili merah
  • 3 sudu besar minyak masak

Kunyit hidup boleh digantikan dengan serbuk kunyit, tapi kunyit hidup lebih wangi dan sedap.


Persediaan Bahan-bahan

  • Bersihkan kunyit, kupas dan tumbuk bersama bawang putih dan garam sehingga lumat.
  • Cuci sotong – buang perut, mulut, mata dan pasi. Bilas, potong dan tuskan. Kemudian gaulkan sotong dengan garam kunyit dan perap selama 5-10 minit.
  • Potong serong kacang panjang dan cili merah.

sotong goreng kunyit


Cara Memasak

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyediakan sotong goreng kunyit.

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Masukkan sotong yang telah diperap. Goreng selama lebih kurang 3-4 minit sehingga bahagian dalam sotong bertukar warna dari jernih ke putih.
  3. Masukkan kacang panjang dan cili merah, kacau rata sekejap kemudian angkat. Jangan masak sotong terlalu lama, nanti isinya akan menjadi liat.
  4. Hidangkan panas-panas.

Sotong goreng kunyit biasanya digoreng kering, tapi kalau nak jadikannya berkuah anda cuma perlu tambah air (dan sedikit sos tiram untuk memekatkan kuah) semasa memasukkan sayuran.