Resepi Gulai Ketam Kelantan

Gulai ketam Kelantan. Ketam masak lemak cara Kelantan amat mudah dan cepat disediakan,  tapi rasanya cukup sedap. Ia dimasak dengan kaedah gulai darat yang tidak melibatkan menumis, dan hanya menggunakkan bahan-bahan asas yang mudah didapati di dapur. Untuk dapatkan rasa terbaik, gunakan santan segar dan kunyit hidup.

Berikut dikongsikan resepi ketam masak lemak / gulai ketam Kelantan.


Resipi Gulai Ketam Kelantan

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 15 minit ♦ Hidangan: 5 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat gulai ketam. Kalau nak pedas, boleh masukkan cili padi.

  • 1 kg ketam segar
  • 2 cawan santan pekat segar
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji cili kering
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 cm lengkuas
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 biji cili hijau
  • Garam dan gula secukup rasa


Persediaan Bahan-bahan

  1. Potong ketam ikut suka, kemudian bilas.
  2. Potong cili kering, buang biji dan rendam dalam air panas hingga kembang. Kemudian kisar bersama bawang merah, bawang putih, kunyit dan lengkuas.
  3. Bersihkan udang dan potong dua cili hijau.

ketam masak gulai lemak kelantan


Cara Memasak Gulai Ketam

Berikut adalah langkah-langkah memasak gulai lemak ketam.

  1. Masukkan santan, bahan kisar, asam keping dan air ke dalam periuk. Kuantiti air bergantung kepada berapa banyak kuah yang dikehendaki.
  2. Masak dengan api kecil sambil mengacau supaya santan tidak berketul.
  3. Bila kuah menggelegak, masukkan ketam dan cili hijau.
  4. Renehkan sambil mengacau sehingga mendidih dan ketam masak (bilamana cengkerang ketam bertukar ke warna kemerahan).
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Padamkan api dan angkat.

Selamat mencuba gulai lemak ketam Kelantan.

Click to go to top