Resepi Air Lemon Pudina

Cara membuat air lemon pudina (mint lemonade). Minuman sejuk lemon dengan pudina menghilangkan dahaga, menyegarkan badan terutama ketika cuaca panas atau selepas penat dari aktiviti sukan/riadah.

Berikut kami kongsikan resipi air lemon pudina yang sangat mudah disediakan.


Resepi Air Lemon Pudina Segar Dan Sedap

Masa persediaan: 10 minit ♦ Masa memasak: 5 minit ♦ Hidangan: 6 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat air lemon pudina.

  • 4 biji lemon
  • 8 helai daun pudina (mint)
  • ¾ cawan gula pasir
  • 4 cawan air masak
  • Ais

air lemon pudina


Cara Membuat

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyediakan air lemon pudina.

  1. Buat sirap / air gula dengan memasak 1 cawan air dengan gula pasir sehingga gula larut sepenuhnya. Angkat dan biarkan sejuk.
  2. Potong tiga biji lemon, perah dan tapis jusnya masuk ke dalam jag. Baki sebiji lemon lagi dipotong melintang nipis-nipis untuk dijadikan hiasan.
  3. Ramas daun pudina dan masukkan ke dalam jag. Kemudian masukkan air gula dan air masak.
  4. Kacau dan biarkan selama 10 minit supaya semua rasa bercampur mesra (infused).
  5. Bila nak minum, isikan gelas dengan ais, letakkan sepotong hirisan lemon, kemudian tuangkan minuman.


Tip / Petua

  • Untuk mendapatkan jus yang lebih banyak bila memerah lemon/limau, caranya mudah sahaja. Rendamkan lemon/limau di dalam air panas selama 10 minit, kemudian gelekkannya di atas kaunter sebelum memotong dan memerah.
  • Untuk lagi sedap boleh ditambah sedikit madu (kurangkan gula kalau tambah madu).