Sup Cendawan, Bebola Ikan Dan Suhun

Sup cendawan bebola ikan dan suhun. Sup cendawan ini sedap, ringkas dan cepat dimasak. Ianya ringan dan baik untuk kesihatan kerana rendah lemak dan rendah kolesterol, setanding sup miso. Kanak-kanak pasti suka sebab ia tak pedas dan ada rasa umami.

Sup jernih ini mudah disediakan dan bahan-bahan utama seperti cendawan hitam, suhun dan fish ball mudah didapati di kedai dan pasaraya.

Berikut kami kongsikan resepi sup cendawan dengan bebola ikan dan suhun.


Resepi Sup Cendawan, Suhun & Fish Ball

Masa persediaan: 10 minit ♦ Masa memasak: 10 minit ♦ Hidangan: 2 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi sup cendawan suhun.

Untuk perencah, kiub ayam boleh digantikan dengan isi ayam, udang, udang kering atau kiub ikan bilis.

  • 100gm cendawan hitam / telinga kera
  • 10 biji bebola ikan (fish ball)
  • 50gm suhun (glass noodle)
  • 1 biji lada benggala (capsicum)
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ketul kiub ayam
  • Sedikit Lada sulah
  • 3 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis


Persediaan Bahan-bahan

  • Belah capsicum, buang biji, kemudian potong.
  • Potong cendawan ikut suka. Potong fish ball.
  • Hiris nipis bawang putih dan bawang merah.
  • Rendam dalam air sehingga lembut.

sup cendawan suhun

Sup cendawan suhun ... simple, light dan sedap


Cara Memasak

Berikut adalah cara memasak sup cendawan bebola ikan dan suhun.

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga bawang putih garing kekuningan.
  2. Masukkan air, diikuti dengan fish ball, cendawan dan kiub ayam. Perasakan dengan garam, gula dan lada sulah.
  3. Bila fish ball masak (ia akan terapung), masukkan suhun dan capsicum. Biarkan mendidih seketika.
  4. Matikan api, angkat dan hidangkan panas-panas.

Sup ini boleh dimakan begitu sahaja atau boleh dihidangkan dengan nasi putih. Selamat mencuba resepi simple sup cendawan dengan fish ball dan suhun.