Resepi Ayam Goreng Berempah

Resipi ayam goreng berempah. Ayam goreng berempah menjadi menu pilihan untuk kenduri atau jamuan kerana ia digemari hampir semua orang. Ia mudah disediakan dan sedap dimakan bersama pelbagai jenis nasi.

Berikut kami kongsikan resipi ayam goreng berempah untuk anda cuba masak sendiri.


Bahan-bahan Ayam Goreng Berempah

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak ayam goreng berempah.

  • ½ ekor ayam
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai
  • 1 sudu makan cili serbuk cili (tak perlu jika tak suka pedas)
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 2 sudu makan tepung jagung / tepung goreng
  • 3 helai daun limau purut
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya


Persediaan Bahan-bahan

Masa persediaan: 30 minit

  • Potong kecil ayam, bersihkan, kemudian tuskan.
  • Kisar bawang putih , bawang merah, halia dan serai.
  • Hiris daun limau purut.
  • Gaulkan semua bahan yang dikisar dengan serbuk rempah kari, serbuk kunyit, serbuk lada putih, tepung goreng berempah, daun limau purut, dan garam di dalam mangkuk besar.
  • Gaulkan dengan ayam dan perapkan selama sekurang-kurangnya 30 minit.

resepi ayam goreng berempah


Cara Memasak Ayam Goreng Berempah

Masa memasak: 20 minit

Berikut adalah cara memasak ayam goreng berempah.

  1. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
  2. Goreng terendam (deep fry) ayam dengan api sederhana.
  3. Apabila garing (warna keemasan), angkat dan tuskan.


Cara Hidangan

Hidangan: 4 orang

Hidangkan ayam goreng berempah dengan nasi kukus, nasi lemak, nasi minyak atau makan begitu sahaja macam KFC.

Click to go to top