Resepi Bubur Butir Nangka

Resipi butir nangka. Butir nangka adalah sejenis kuih tradisional berkuah / bubur manis yang popular di Kelantan, terutama sekali di bulan Ramadhan.

Berikut kami kongsikan resipi kuih butir nangka.


Ramuan / Bahan-bahan Butir Nangka

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak bubur butir nangka.

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan gula pasir (ikut manis)
  • 1/4 cawan air daun pandan
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 1 sudu besar air kapur makan
  • 1/2 sudu kecil halba
  • 1 cm halia (opsyenal) - dimayang
  • Sedikit pewarna hiiau


Penyediaan Bahan-bahan

Masa penyediaan: 25 minit

  1. Bancuhkan air daun pandan, air kapur makan, garam, dan pewarna hijau. Tapiskan.
  2. Letak tepung pulut di dalam mangkuk besar dan lubangkan di tengahnya.
  3. Tuangkan ke dalam lubang tepung sedikit demi sedikit sambil digaul sebati sehingga adunan menjadi doh lembut dan tidak melekat di tangan.
  4. Gentelkan adunan menjadi bentuk bola bujur yang kecil (seakan biji nangka).
  5. Sediakan satu bekas besar berisi air masak.

resepi biji butir nangka


Cara Memasak Butir Nangka

Masa memasak: 20 minit

Berikut adalah langkah-langkah memasak kuih butir nangka.

  1. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih.
  2. Masukkan doh butir nangka yang sudah siap digentel satu persatu tadi ke dalam air mendidih.
  3. Apabila doh timbul, cedokkan dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air.
  4. Untuk kuah, satukan santan, daun pandan, garam, halia, halba dan gula pasir di dalam periuk. Masak dengan api sederhana sambil mengacau (bagi mengelakkan pecah minyak) sehingga mendidih.
  5. Akhir sekali, masukkan doh yang sudah dimasak ke dalam kuah dan kacau rata.
  6. Padamkan api dan angkat.


Cadangan Hidangan

Jumlah hidangan: 4-5 orang

Butir nangka sedap dimakan panas atau sejuk. Sangat sesuai sebagai juadah berbuka puasa.

Click to go to top