Masak Lemak Kobis, Sawi Dan Keledek

Masak lemak putih sayur kobis campur sawi dan keledek. Masakan kampung yang simple, tapi cukup menyelerakan. Sedap dimakan dengan nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan atau budu bagi orang Kelantan ... pergh.

Berikut kami kongsikan resepi sayur lemak kobis dengan sawi dan keledek.


Resipi Masak Lemak Putih Kobis Campur Keledak

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 10 minit ♦ Hidangan: 5 orang


Bahan-bahan

Bahan-bahan yang diperlukan untuk sayur lemak putih kobis dengan keledek dan sawi.

  • 1/4 biji kobis bulat
  • 1 biji keledek oren saiz sederhana
  • 2 pokok sawi
  • 2 cawan santan segar
  • 4 biji bawang merah
  • 1 ekor ikan rebus / bakar (boleh digantikan dengan ikan bilis)
  • 2 biji cili hijau
  • 1/2 sudu kecil lada hitam (optional)
  • 2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa


Persediaan Bahan-bahan

  1. Bersih kobis dan sawi, kemudian potong kasar. Asingkan daun sawi dari batangnya.
  2. Kupas ubi keledek, cuci dan potong baji.
  3. Tumbuk isi ikan rebus bersama bawang merah dan lada hitam.
  4. Potong serong cili hijau.

sayur lemak putih kobis, sawi dengan keledek yang sedap


Cara Membuat

Berikut adalah langkah-langkah memasak sayur lemak kobis campur ubi keledek dan sawi.

  1. Masukkan air, keledek dan bahan-bahan yang ditumbuk ke dalam periuk dan masak sehingga keledek hampir empuk.
  2. Perlahankan api, masukkan santan, kobis dan batang sawi. Kacau sehingga mendidih.
  3. Akhir sekali masukkan cili hijau, daun sawi, garam dan gula. Biarkan sekejap. Kemudian matikan api, angkat dan hidangkan.
Click to go to top