Resepi Gulai Kuning Telur Itik

Resipi gulai kuning telur itik. Gulai telur itik atau telur itik masak gulai adalah antara menu masakan kampung yang popular di Kelantan. Masakan ini tidak menggunakan serbuk kari dan tidak perlu menumis.

Berikut kami kongsikan resipi gulai kuning telur itik untuk para pembaca.


Ramuan / Bahan-bahan Gulai Kuning Telur Itik

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak gulai kuning telur itik.

  • 5 biji telur itik
  • 2 cawan santan
  • 5 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 biji cili kering
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 cm lengkuas
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa


Persediaan Bahan-bahan

Masa persediaan: 20 minit

  1. Potong cili kering, buang biji dan rendam dalam air panas hingga kembang.
  2. Kisar cili kering bersama bawang merah, bawang putih, kunyit dan lengkuas.

resepi gulai lemak kuning telur itik


Cara Memasak Gulai Kuning Telur Itik

Masa memasak: 30 minit

Berikut adalah langkah-langkah memasak gulai lemak telur itik.

  1. Masukkan santan, bahan kisar, asam keping dan air (jika perlu) ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api kecil sehingga mendidih. Sentiasa kacau untuk mengelakkan santan berketul dan pecah minyak.
  3. Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan masukkan ke dalam kuah perlahan-lahan supaya kuning telur tidak pecah. Ulangi untuk setiap biji telur. Jarakkan supaya telur tak melekat antara satu sama lain. Jangan kacau.
  4. Bila telur sudah keras, masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau perlahan.
  5. Padamkan api dan angkat.

Gulai telur itik hendaklah ada rasa masam dan pedas untuk mengimbangi hanyir telur.


Cadangan Hidangan

Hidangan: 5 orang

Hidangkan gulai kuning telur itik bersama nasi putih panas, ulaman dan budu!

Click to go to top