Sayur Air Pucuk Cekur Manis Dengan Cendawan

Cekur manis juga dikenali dengan nama sayur atau pucuk manis. Pucuknya biasanya dibuat masak lemak dengan keledek atau labu, atau digoreng stir fry bersama telur. Selain itu ia juga pucuk manis sedap dimasak rebus atau tumis air.

Berikut dikongsikan resepi masak rebus / masak air / sayur air pedas pucuk cekur manis campur cendawan. Umami bercampur sedikit pedas, satu kombinasi yang sempurna.


Resipi Sayur Air Cekur Manis Campur Cendawan

Masa persediaan: 10 minit ♦ Masa memasak: 10 minit ♦ Hidangan: 3 orang


Bahan-bahan

Bahan-bahan yang diperlukan untuk sayur air pedas pucuk manis dengan cendawan:

  • 1 cekak pucuk cekur manis (100 gm)
  • Cendawan (sebarang jenis cendawan, 100 gm)
  • 3 biji bawang merah
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 1 ekor ikan rebus atau ½ kiub ikan bilis
  • 1 biji cili hijau
  • 2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa


Persediaan Bahan-bahan

  1. Lurut pucuk muda cekur manis dari tangkai. Buang tangkai dan daun tua.
  2. Tumbuk isi ikan rebus bersama bawang merah dan lada hitam.
  3. Bersihkan cendawan. Potong serong cili hijau.

sayur air cendawan cekur manis katuk mani cai

Sayur air pucuk cekur manis dengan cendawan dukung anak dan shitake


Cara Membuat

Berikut adalah langkah-langkah memasak sayur air pucuk cekur manis.

  1. Masakkan air bersama bahan-bahan yang ditumbuk di dalam periuk.
  2. Bila air mendidih, masukkan pucuk cekur manis, cendawan dan cili hijau. Kacau.
  3. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  4. Bila pucuk manis sudah lembut, angkat dan hidangkan.
Click to go to top