Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan

Resipi ayam masak lemak cili api/padi Negeri Sembilan. Ayam masak lemak cili api ni sesuai benar dengan mereka yang suka masakan pedas. Memasak gulai lemak cili api ni tidak susah dan bahan-bahannya mudah didapati di dapur. Masak lemak ni tidak perlu menumis, sama macam gulai darat Kelantan.

Berikut kami kongsikan resipi ayam masak lemak cili api.


Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 30 minit ♦ Hidangan: 4 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ayam masak lemak cili api.

  • ½ ekor ayam
  • 15 biji cili api/padi (kurangkan/tambah ikut suka)
  • 3 biji bawang merah - opsyenal
  • 1 cawan santan pekat (atau 1 kotak kecil santan)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 2 biji kentang - opsyenal
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula


Persediaan Bahan-bahan

  • Potong kecil dan bersihkan ayam. Kemudian tuskan.
  • Tumbuk atau kisar campuran cili api, bawang merah dan kunyit hidup hingga lumat.
  • Ketuk serai dan hiris daun kunyit.

ayam masak lemak cili api pedas sedap

Ayam masak lemak cili api asli Negeri Sembilan ... lagi pedas lagi sedap


Cara Memasak

Berikut adalah cara menyediakan ayam masak lemak cili padi.

  1. Masukkan ayam bersama bahan kisar/tumbuk dan serai yang telah dititik ke dalam periuk.
  2. Gaulkan dan masak sehingga ayam kecut dan airnya kering.
  3. Masukkan separuh santan bersama air, kentang, asam gelugor dan daun kunyit. Tambah air jika nak kuah lebih.
  4. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih, sambil mengacau supaya santan tidak pecah minyak.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Bila ayam masak dan kentang empuk, masukkan baki santan.
  7. Bila mendidih, padamkan api dan hidangkan.
Click to go to top