Resepi Kuih Ulat Bulu Kelantan

Resepi kuih ulat bulu Kelantan. Kuih ulat bulu - satu lagi kuih dari Kelantan dengan nama yang unik. Cara membuatnya sama dengan buah melaka atau onde-onde, cuma bentuk dan intinya berbeza.

Berikut kami kongsikan resipi kuih ulat bulu.


Resipi Kuih Ulat Bulu

Masa persediaan: 10 minit ♦ Masa memasak: 30 minit ♦ Hidangan: 4 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi kuih ulat bulu.


Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung pulut hitam
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil air kapur
  • Kelapa parut

Bahan-bahan Inti
  • 1 cawan kacang hijau
  • 1 keping gula melaka
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan air
  • 2 sudu besar tepung pulut


Persediaan Bahan-bahan

  1. Rendam kacang hijau kira-kira 4 jam.
  2. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam.

kuih ulat bulu kelantan sedap

Kuih ulat bulu ... kenyal, lemak manis dan sedap


Cara Membuat Kuih Ulat Bulu

Berikut adalah langkah-langkah memasak kuih ulat bulu.


Cara Membuat Inti
  1. Rebus kacang hijau yang sudah direndam sehingga empuk.
  2. Kemudian masukkan gula melaka dan gula pasir. Kacau sambil melenyek untuk menghancurkan kacang.
  3. Bila hampir kering, masukkan tepung untuk mengentalkan inti. Gaul rata. Bila kering, angkat dan ketepikan.

Cara Membuat Doh
  1. Campurkan tepung pulut, tepung pulut hitam, air, air kapur dan garam di dalam mangkuk.
  2. Uli hingga doh tidak melekat pada tangan dan mangkuk.

Cara Memasak
  1. Rebus air banyak di dalam periuk sehingga menggelegak.
  2. Ambil sesudu doh, buat lekukan dengan jari, masukkan inti kacang,  tutup doh dan gentel di atas tapak tangan untuk membentuk "ulat". Ulangi sehingga habis doh/inti.
  3. Masukkan kuih satu persatu ke dalam air menggelegak. Jangan masukkan terlalu banyak, untuk memberi ruang supaya kuih boleh bergerak dalam periuk.
  4. Kuih yang masak akan timbul di permukaan air. Angkat dan golekkan di dalam kelapa parut.
Click to go to top