Resepi Sup Ayam Simple

Resepi sup ayam mudah dan sedap. Sup ayam masakan simple yang sesuai untuk orang bujang dan juga untuk keluarga. Cepat dimasak, sedap dimakan dengan nasi panas dan sambal kicap atau sambal belacan.

Berikut kami kongsikan resipi sup ayam.


Resipi Sup Ayam Simple & Sedap

Masa persediaan: 15 minit ♦ Masa memasak: 30 minit ♦ Hidangan: 4 orang


Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan resepi ayam masak sup.

  • ½ ekor ayam
  • 2 biji ubi kentang
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 paket rempah sup bunjut Adabi atau sebarang jenama
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 3 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa - opsyenal
  • 2 pokok daun sup
  • 5 biji cili padi

Bahan-bahan tumis darat
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Rempah empat sekawan: 1 inci kulit kayu manis, 1 biji buah pelaga, 1 kuntum bunga lawang, 3 kuntum cengkih


Persediaan Bahan-bahan

  • Potong ayam, bersihkan dan tuskan.
  • Ketuk bawang putih dan halia untuk sup.
  • Kupas kentang kemudian belah empat.
  • Mayang (hiris nipis) bawang putih, bawang merah dan halia untuk tumis darat.
  • Cencang daun sup, mayang cili api.

sup ayam sedap simple

Sup ayam ... mudah tapi sedap


Cara Membuat Sup Ayam

Berikut adalah langkah-langkah untuk memasak sup ayam.

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang putih, halia dan lada hitam sehingga bawang putih kekuningan.
  2. Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam mengecut / air ayam kering.
  3. Kemudian masukkan rempah sup bunjut dan tambah air secukupnya. Masak hingga mendidih.
  4. Masukkan ubi kentang, biarkan mendidih, kemudian renehkan sehingga ayam masak dan kentang empuk.
  5. Sementara menunggu ayam masak, panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga bawang garing.
  6. Bila ayam masak, tuangkan tumisan ke dalam sup dan renehkan seketika supaya tumisan dan sup mesra.
  7. Padamkan api, taburkan daun sup dan cili api dan hidangkan panas-panas.
Click to go to top